Kawan? Susah nak ditafsirkan. Ada yang ikhlas berkawan. Tidak kira bagaimanapun wajah empunya kawan itu. Tapi sekarang susah nak lihat orang yang seperti itu. Lepas tengok kawan yang dikenal terutamanya melalui alam maya, terus reject bila muka yang diharap-harapkan jauh menyimpang daripada yang difikirkan. Perlu ke persahabatan itu dibina berdasarkan seraut wajah????
Renung-renungkanlah wahai insan yang mempunyai perasaan. Disebalik wajah yang cantik tidak semestinya seorang yang baik hati,kuat agama,hormat-manghormati dan berbudi bahasa. Dan tidak semestinya wajah yang kurang cantik tidak mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kadang kala orang yang kurang cantik inilah yang banyak menarik perhatian umum. Sifat yang dimilikinya boleh mencairkan perasaan seorang lelaki yang inginkan seorang gadis yang penuh budi bahasa dan pndai menjaga diri dan maruah. Cantik ??? hanyalah suatu subjektif semata-mata. Bukanlah sesuatu yang kekal untuk selama-lamanya. Hanya boleh tunjuk pada orang sekeliling yang dirilah yang tercantik. Hakikatnya, hanya yang melihat dapat menilainya. Astaqfirullahazim. Persahabatan yang terbina mestilah mempunyai ikatan yang kukuh dan chemistry bond yang tinggi. Dengan itu tiada yang dapat mengganggu ikatan tersebut. Bukan wajah yang dilihat tapi hati yang tulus dalam menbina satu hubungan.
Saya menulis ini bukan hendak mengata pada sesiapa. Tapi sekadar saling mengingati diri ini ynag serba khilaf dalam menjalani hidup. Saya bukan insan yang mempunyai wajah yang bak bulan purnama, bukan jua seindah berlian dan permata. Hanyalah insan ciptaan Allah SWT yang bersyukur atas kurniaanNya.
KAWAN yang dicari janganlah hanya kerana wajah,harta,kedudukan dan keturunan.
Akan tetapi biarlah persahabatan yang abadi dan boleh menerima diri yang serba kekurangan ini.
Agama yang paling penting dalam mencipta hubungan yang kekal abadi.
Nukilan,